Pusat Pengajian Kesufian menawarkan amalan asas yang terdapat dalam 5 jalan Tariqat-Naqshbandi, Mujaddidi, Chishti, Qadiri and Shadhili – dengan penekanan yang khusus terdahap jalan Tariqat Mujaddidi
Pusat Pengajian ini telah ditubuhkan oleh Syaikh Hazrat Azad Rasool (ra) pada tahun 1975 dengan persetujuan-nya Syaikh sendiri, Maulvi Muhammad Said Khan (ra). Setelah 55 tahun bekerja tanpa mengira penat lelah dengan tujuan untuk menyebarkan amalan ini di seluruh dunia, Syaikh Hazrat Azad Rasool (ra) telah meninggal dunia pada 7 November 2006. Institusi ini, sekarang dengan nama ‘The School of Sufi Teaching’ atau Pusat Pengajian Kesufiann yang mempunyai cawangan di seluruh dunia dengan pelajar di banyak negara termasuk Kanada, Brazil, Russia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Australia, New Zealand, Bangladesh, Pakistan, Poland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali, Jerman, Mesir, Tunisia, Ethiopia, Malaysia, Singapura, dan Oman.
Seperti tradisi biasa dalam Jalan Tasawwuf, usaha untuk menyebarkan amalan ini masih diteruskan. Anak lelakinya yang juga khalifah Syaikh Hazrat Azad Rasool (ra) iaitu Syeikh Hamid Hassan kini memimpin Institute of Search for Truth and the School of Sufi Teaching dan memberikan bai’ah dan bimbingan kepada mereka yang berminat untuk menjalani jalan tasawuf. Tujuan utama Pusat Pengajian Kesufian adalah untuk mengajar amalan Tariqat agar semua Salik mendapat manfaat yang besar dan keberkatan dalam jalan Sufi. Pusat ini berharap agar Salik melakukan usaha yang tulus dan ikhlas dan juga secara konsisten dalam melakukan amalan-amalan Muraqabah dan Zikir supaya diri Salik dapat dibangunkan dan disucikan.
Melalui program Muraqabah dan Zikir secara berperingkat dan berterusan, Salik akan menjadi lebih sempurna dan akan mula untuk memahami hubungan mereka dengan dunia dan juga dengan Penciptanya dengan lebih baik.
Amalan-amalan yang dilakukan adalah sesuai dengan sunah Nabi Muhammad (saw) dan telah disempurnakan dan dikemaskini oleh sheikh Sufi secara berturutan agar tetap relevan dan berkesan dalam masyarakat kontemporari. Walaubagaimanapun, di dalam jalan tariqat kami, seseorang itu tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk mengikuti pengajaran ini. Ciri yang unik pada Pusat Pengajian ini adalah bertujuan untuk membawa beberapa ajaran ini (yang sebelumnya dianggap esoteris) dari Timur ke Barat pada masa yang tepat masa kini.