School of Sufi Teaching

Pusat Pengajaran Sufi

AMALAN ASAS BAGI TARIQAT NAQSHBANDI, MUJADDIDI, CHISHTI, QADIRI AND SHADHILI

Support the Sufi School
Sufi School is a non-profit charity involved in creating awareness about Sufism and providing authentic Sufi teachings to sincere seekers.

All the teachings are given free of cost and students are not charged for attending our weekly gatherings for teaching, mentoring, discussions and group practices.

Our activities are carried out through voluntary donations. We request you to donate generously to support our work. Any amount of donation to help us to continue this good work will be appreciated and thankfully accepted.

PayPal
Use PayPal to send a donation to the School of Sufi Teaching. You can also add a payment reference.

If you don't have a PayPal account, use this link to make a donation via credit card.

Wire transfer
For transfers in the UK (in GBP) use the details below.

Name: The School of Sufi Teaching
Account Number: 11397222
Sort Code: 40-03-16
Bank: HSBC UK

International transfers
Preferred option for cheap international transfers: Send money to our WISE account.

Apa Yang Kami Sediakan – Amalan Muraqabah

Menurut Ahli Sufi, minda atau akal fikiran bukanlah satu-satunya pusat kesedaran dalam diri manusia kerana ada beberapa pusat-pusat halus lain yang juga berfungi sebagai pusat kesedaran yang mana hati atau Latifah Qalb adalah pusat kesedaran yang paling utama. Hati atau Latifah Qalb adalah tempat kedudukan utama  pusat cahaya atau pusat kesedaran dan dapat melihat kebenaran secara langsung. Hal ini boleh berlaku dengan satu syarat: hati atau Latifah Qalb mestilah dihidupkan.

Setiap jalan tariqat menggunakan suatu teknik atau kaedah  yang menjadi asas amalan utama untuk peningkatan rohani. Kebanyakan jalan tariqat , kaedah yang utama adalah dengan jalan Zikir. Di dalam Tariqat Nashabandi Mujaddidi,  Meditasi atau Muraqabah adalah amalan asas yang utama untuk peningkatan rohani. Terdapat perbezaan di antara amalan Muraqabah kami dan amalan Muraqabah dalam jalan Tariqat yang lain.  Kami tidak melakukan Muraqabah dengan memusatkan tenaga dari tubuh fizikal pada satu titik seperti yang dilakukan di jalan Tariqat yang lain. Dalam Tariqat ini, Muraqabah adalah untuk melepaskan diri dari kegiatan duniawi, dan untuk jangka masa yang tertentu, memberi seluruh tawajjuh dadn perhatian terhadap Allah swt. Setelah menjalani 10 pelajaran asas,  Salik boleh memilih untuk memajukan diri dan meneruskan perjalan mereka dengan mengikuti cara hidup berdasarkan prinsip-prinsip Islam dan sunnah  Nabi Muhammad (saw).  Sesetengah Salik mungkin  mengambil masa bertahun-tahun untuk menamatkan pelajaran pertama sementara Salik yang lain, dapat mencapai  kemajuan dengan  lebih cepat. Ianya bergantung kepada keadaan mereka ketika mereka memulakan perjalanan  Tasawuf, dan juga dedikasi terhadap  amalan -amalan yang dianjurkan.

Amalan asas bermula dengan Muraqabah pada Latifah Qalb dimana niat dilakukan dan Salik duduk diam selama  45 minit. Tidak ada postur kedudukan yang dikhaskan semasa bermuraqabah, tetapi apabila Salik duduk dengan sabar, limpahan Faiz atau limpahan Ilahi akan dikurniakan kepada Salik. Beberapa manfaat fizikal dan batin mungkin dialami secara langsung. Sesetengah Salik dapat  mengalami peningkatan diri dalam kesenangan dan sifat Qana’ah, kesabaran dan toleransi, dan pembangunan dalam wawasan peribadi dan pemahaman sebagai kesan dari melakukan amalan Muraqabah.

Perjumpaan mingguan, di mana kumpulan kecil Salik duduk dalam Muraqabah bersama-sama, dapat membantu Salik untuk maju dengan lebih cepat. Melalui latihan Muraqabah dan Zikr secara istiqamah, dapat membantu Salik untuk mencapai keikhlasan dan merapatkan hubungannya dengan Allah swt.

Total
0
Shares
Sebelumnya

Pusat Pengajian Kesufian

Seterusnya

Maklumat Untuk Dihubungi